Monday, September 27, 2010

Lawatan ke chengmai jun 2010

hari 1

Kami sampai ke Chengmai pada jam 8 pagi. Di sambut oleh gadis jelita mengalungkan bunga. Dari lapangan terbang Chengmai ke hotel Diamond Riverside perjalanan sejauh lebih kurang 10 km. Pusat Bandar Chengmai sangat bersih, kenderaan tidak banyak seperti Jakarta atau Bandung atau Ho Chi Ming dan sangat jauh berbeza berbanding Dhaka. Sunyi tanpa hon. Selesa tanpa debu dan asap kenderaan yang berlebihan. Yangpaling penting tiada pencemaran asap rokok. Perokok akan didenda ’on the spot’ Bath 2000 jika merokok di kawasan awan.

Check in hotel Diamond Riverside. Bersebelahan sungai yang mengalir lesu. Keruh airnya.

Lawatan bermula dengan melawat kilang payung. Yang menariknya, semua payung dibuat menggunakan tangan tanpa bantuan mesin. Kecuali pisau. Itupun jika boleh dipanggil mesin.



Proses bermula dengan menyiat kulit pokok Sa, dipecah-pecah dengan cara mengetuk menggunakan kayu hingga hancur. Direndam dalam air hingga keluar getahnya.

Getahnya diayak menggunakan jaring halus hingga membentuk satu lapisan getah yang nipis. Lapisan nipis dijemur hingga kering lalu membentuk satu lapisan nipis yang keras seperti kertas.

Bingkai dibuat daripada buluh. Kepingan getah yang kering digam pada bingkai, dilukis dengan motif yang menarik.


Bermacam-macam saiz. Daripada sekecil-kecil anak hingga sebesar-besar bapak.

No comments: