Monday, October 17, 2011

jom gi bandung , jakarta










































Jakarta/Bandung/Bogor/Puncak

Perjalanan ke Jakarta amat membara ditambah kehangatannya dengan layanan mesra sibaju merah di awan biru.





satu papan tanda yang menarik di Bandara (bandar udara) atau lapangan terbang jakarta

Pertama kali lihat pokok kelapa ditanam di balkoni. Agaknya kerana tanah yang terhad di Jakarta atau orang jakarta obses dengan pokok kelapa. entahlah.... Kita sambung citer di jakarta sat lagi.

















perjalanan diteruskan ke Kota Bogor. Dari Jakarta akan melintasi gerbang tol Cililitan. Perkataan Cililitan popular kerana dalam sinetron 'Solehah' lakonan Marshanda sebagai karyawan angkotan kota menjerit, 'cililitan, cililitan..'












Bogor, sebuah bandar terletak kira-kira 50 km dari Jakarta. Tak sempat nak explore banyak tentang bandar ini. Di sini terdapat istana presiden Indonesia, Kebun Bunga, Kulit outlet dan yang paling menarik ada Safari I Indonesia.





murid-murid sekolah di bogor. Persekolah bermula jam 630 pagi hingga 1230 tengahari, 6 hari seminggu. Libur hanya hari ahad.



jualan di pasar pagi di Bogor. Daripada hasil pertanian seperti keladi, buah-buahan, bunga-bungan hinggalah arnab (kelinci) juga dijual di sini.
Sekali peristiwa, saya membeli air mineral di sebuah kedai. Harganya cuman rph 3000. Setelah membayar, saya segera beredar dari kedai tersebut. Stelah agak jauh, kira-kira 10 m meninggalkan kedai, saya terdengar bunyi agak kecoh di belakang. Bila menoleh, saya lihat toke kedai sedang berlairi ke arah saya. Agak kaget. Apa salah saya? Bagi wang tak cukup ? atau apa? Sesuatu yang tak diduga, toke kedai mengejar saya hanya kerana mau memulangkan wang baki yang saya terlupa untuk ambil. Persepsi awal, kebanyakan orang Indon akan mengambil 'peluang' jika ada tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ini sedikit sebanyak menginsafkan saya.

perkhidmatan kereta kuda sedia menunggu
Sebuah desa di pinggir bandar Bogor

menikmati jus avocado dan ubi kayu goreng di bogor. sesekali makan ubi kayu goreng (bukan kerepek ubi) sedap jugak.

Taman Safari I Indonesia

Satu konsep zoo yang menarik, haiwan bebas kekeliaran di luar, pengunjung terkurung di dalam kenderaan. Banyak haiwan yang tidak terdapat di zoo kita (setahu saya, samaada di zoo taiping atau zoo negara. Itu pun masa saya masuk untuk kali terakhir pada tahun 1980) seperti Ilama, harimau putih, burung cenderawasih dll
Kalau berani, boleh juga bergambar bersama anak harimau, singa dan orang utan.












Seronoknya memberi makanan kepada haiwan di safari













Puncak, Bogor.


Puncak, merupakan kawasan peranginan tanah tinggi seperti Cameron Highland, Malaysia. Sepanjang perjalanan akan melintasi pekan kecil, Cianjur yang sentiasa padat dengan manusia, ladang teh yang di latari gunung berapi yang sentiasa berasap, masjid attawun iaitu sebuah masjid yang kecil, unik dari segi rekabentuk, lanskap dan kedudukan. Jalan ke Puncak sempit dan di lereng bukit. Kenderaan bertali arus dan agak susah untuk memotong kerana selekoh yang tajam. Walaupun begitu, sepanjang 6 kali ke sini, tidak pernah terjumpa dengan sebarang kemalangan. Saya dapati toleransi pemandu dan penunggan motosikal di sini sangat tinggi. Sentiasa memberi peluang jika ada kenderaan yang memotong. tidak seperti di Mlaysia, kalau sedang memotong, kenderaan yang dipotong akan memmandu lebih laju. Kenderaan di hadapan akan bunyi hon berpanjang atau menyalakan lampu tinggi. Di Indonesia, jika ada kenderaan di hadapan, ia akan memberi lalu atau akan memperlahankan kenderaan.

Masjid Attaawun, tenang semasa berada di sini. Air sungai mengalir di tepi masjid dan dialirkan di sekeliling masjid. Setiap pengunjung yang mau masuk ke masjid mesti melintas laluan sungai ini. Secara tak langsung, kaki bersih.









Penginapan kami di Surya Indah. Cantik dan bersih. Nyaman.

























bergambar di ladang teh, berlatar belakang gunung ganang yang membiru.


Bandung


Lokasi beli belah yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Lokasi wajib ialah Pasar Baru, Haritage, Rumah Mode, Jalan Chempalas, Rumah Batik, Lot 3, gedung sate dll.

Haritage, Lokasi beli belah orang kaya di Bandung
Jualan di Pasar Baru, Bandung.














































Rumah Mode, satu lagi gedung beli belah yang berprestij dengan harga yang berpatutan. Khabarnya, KD juga berbelanja di sini.










Bandung, kota seni hinggakan kesenian itu digunakan untuk mencari wang.

Bermain alat muzik dan menyanyi (di sini dipanggil pengamen).

Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Mereka sedang menunggu peluang untuk mengamen di dalam bas wisata. Walaupun dihalau berkali-kali tetapi mereka tetap utuh. Hasil...berbaloi-baloi.




















mengamen di dalam bas wisata. jangan takut, tidak pernah berlaku kehilangan barang atau gangguan lain. apa yang penting, berwaspada.













Yang ini pula ialah pondan yang banyak di Bandung. Aktiviti siang mereka, meminta sedekah dengan beraksi di tepi jalan atau kenderaan. Lucu dengan alat muzik yang dimainkan, tutup botol minuman bikarbonat, disusun berlapis-lapis menggunakan paku. digoncang mengeluarkan bunyi busing.
Takut juga tengok muka depa yang buat pembedahan plastik, hidung besar seperti hidung hero dalam filem AVATAR. dagu yang besar yang merekah. Aktiviti malam, tak tau. jangan tanya.








Tangkuban Perahu

Lokasi wisata yang wajib di lawati, Tangkuban Perahu. Satu kawasan gunung berapi yang masih aktif, sentiasa mengeluarkan asap dan bau belerang yang menyengat hidung.

untuk sampai ke sini, kita akan melalui kawasan pertanian tanah tinggi. Hingga ke puncak gunung. Tak terjangkau difikiran, bagaimana mereka menjaga tanah di sini supaya tidak belaku kejadian tanah runtuh.























perjalanan di hiasi dengan pokok pain

Tangkuban Perahu, satu lagenda Sangkuriang yang melamar ibunya sendiri untuk dijadikan isteri. Helah sang ibu sebagai syarat persetujuan, membina sebuah danau dan perahu yang perlu disiapkan dalam masa satu malam.
pemandangan kawah ratu (kununnya ini ler dianya danau tu)












Di bahagian belakang dikatakan ada gunung seperti perahu yang terbalik.












aktiviti wajib, bergambar di papan tanda ini.














aktiviti sampingan yang boleh dibuat di sana.














aktiviti kreatif yang diusahakan di sini. Batang kayu yang cantik seolah-olah diukur. Sebenarnya, ianya adalah batang pokok paku gajah (sejenis paku pakis yang besar dan tinggi). Banyak didapati di kawasan tanah tinggi seperti di Bukit Larut atau Cameron Highland. Kulit bahagia luar dibuang, hasilnya satu produk yang cantik dan unik.


yang ini adalah akar pokok yang di jaadikan pasu yang unik. ditanam dengan pokok-pokok renik. Kalaulah boleh dibawa balik ke tanah air, mau rasanya borong semua. (sebab tak boleh bawa ler cakap cam tu)
















Seorang usahawan sedang mengukir akar kayu.





rehat sebentar sambil mengopi. mbak menjual goreng pisang panas. perasan tak ada dua jenis pisang goreng. satu yang gareng (berwarna kuning keemasan) dan satu lagi yang tak seberapa gareng.
saya bertanya pada mbak, kenapa satu gareng dan satu lagi enggak. selamba badak jer mbak jawab, "yang gareng itu kemarin punya".
terkedu seketika. cuma yang hebatnya adalah jawapan jujur si mbak.
















Sepanjang perjalanan ke arah Tangkuban Perahu kelihatan banyak penternakan kelinci di jalankan. Macam-macam jenis. Kandang arnab dibuat daripada bahan alam semulajadi terutamanya buluh. Di sini, najis (taik dan air kencing) dikumpulnkan untuk dijadikan pupuk kandang (baja organik). Kelihatan botol-botol meniral digantung untuk menakung air kencing. Satu idea yang baik. (insyaAllah nanti saya citer macamana nak proses air kencing ini supaya jadi baja orgaanik semburan)
makanan kegemaran arnab. Pokok apa ni? ada sapa2 yang boleh bagi maklumat?

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.azzad-cuti.blogspot.com