Sunday, November 7, 2010

merapat merapi, jogyakarta






perjalanan bermula jam 10 malam menuju ke stesen keretapi Taiping yeng terletak 40 km dari Selama, Perak. Parking kereta di hospital Taiping, sekitar wad bersalin. Kelihatan tak ramai orang yang menunggu. bermakna tak ramai yang bersalin malam tu. Mungkin agaknya bulan Feb lepas tak banyak kenduri kahwin, jadi tak ramai lah baby yang lahir bulan nov ni. agaknya bulan ogos hingga bulan okt ramai yang bersalin sebab bulan nov dan dis ramai pasangan yang kahwin. Dah kahwin, apalagi nak buat, faham-faham jer la. Tak per. benda halal.

Tren dijadualkan tiba ke Stesen Keretapi Taiping jam 12.04 malam. Tiba di sana kelihatan 2 sahabat sedang menunggu. Punya la excited nak jumpa kawan hingga notis tentang pembatalan keretapi kami tak perasan. Alasannya Banjir.

masalahnya, petang tu kami dah tanya di kaunter, orang bertugas kata keretapi lancar dan perjalanan seperti dijadualkan. Masih boleh naik ekspress senandung malam atau wang dikembalikan. senangnya depa menyelesaikan masalah orang awam.

ambil keputusan naik tren jam 1. 45 pagi. Tren sampai jam 1.55 pagi. Kerusi hampir penuh. jumpa petugas di dalam tren.tunjuk tiket dan tanya di mana kami punya seat. Dia cakap dengan muka serius, letih agaknya. tapi kami pun letih dan marah jugak. ' sapa suruh naik keretapi ni?' amboi mak cantiknya bahasa.

orang di stesen suruh naik keretapi ni, dia kata sapa suruh nsik. memang mangkuk hanyun betul kakitangan keretapi tanah melayu ni.

Tren punyalah slow. jam 2.55 pagi sampai kuala kangsar. tiba-tiba tren berundur. buat hal plak tren ni. kamudian ia masuk ke landasan sebelah. tunggu-punysa tunggu dah tiga keretapi melintasi tren kami. tidur sat. sedar2 dah jam 3.55 pagi dan tren masih tak bergerak.

siul. (sopan sikit. asalnya, sial)

bincang punyai bincang, ambil keputusan turun di Ipoh dan cari teksi untuk terus ke LCCT. Kapal terbang kami ke Jakarta dijadualkan pada 945 pagi. kalau terus naik tren ni sure tak sempat punya.

sampai Ipoh, kelihatan tren ATS berada di landasan. jalan jam 5.30 pagi. check di kaunter, jangka sampai KL Sentral jam 7.45 pagi. tak der pilihan. naik. 4 orang habis RM 120.00

Tren ni masih cantik walaupun dengar ceritanya second atau third hand. dilengkapi dengan TV plat yang juga memaparkan kelajuan tren dan juga maklumat perjalanan. Tandas yang hebat, Pintu tandas automatik. tekan sius buka. tekan sekali lagi tutup. lepas buang air tekan plush seperti dalam flaight. tadah tangan depan paip, air keluar. cukup canggih. tak tau ler berapa lama keadaan itu akan bertahan.

cuma malangnya, tren yang canggih ni tidak dilengkapi dengan surau. terpaksalah sembanhyang atas kerusi. kiblat agak2 jer.

caranya? kami dari utara ke selatan, bermakna di sebelah kanan adalah timur dan sebelah kiri ada barat. (jika duduk membelakang arah pergerakan keretapi). maka sembanyanglah kami arah barat dengan kecondongan sekitar 45 darjah.

Jam 7.45 pagi sampai KL Sentral. Tepat. Hebat juga KTM ni. tapi ini mungkin sebab dah computerised.

ambik teksi. RM 90 untuk ke LCCT. tak per. kalau miss flight lagi rugi beso. sampai jakarta jam 11.20 pagi (waktu indonesia, jam 12.20 waktu Malaysia).


Feri, kawan lama sudah tunggu dengan avangza hitamnya. terus ke bogor. makan tengahari. sembahyang di masjin taawun, puncak















sebuah masjid yang cantik binaanya, cantik pemandangan sekitarnya dan cantik landskapnya.

bertolak dari masjid At'taawun jam 3 petang untuk sampai ke bandung sebelum jam 7 malam kerana tren ke jogja akan bertolak jam 7 malam.








perjalanan berliku menuruni dan mendaki bukit. jalan sempit. kenderaan bertali arus. feri, seorang pemandun yang cekap membuatkan kami kecut perut.


konar lipat... potong. depan ada motor... potong. tak per jugak. masalahnya, depan ada lori.. juga potong. memang cekap dia bawa kereta.
satu perkara yang terpuji orang-orang indon ini, apabila mereka di jalan raya mereka sangat berhati-hati dan bertolak ansur.

kalau perkara ini terjadi di malaysia, paling kurang kena maki hamun. paling teruk, eksident ngeri.

masuk bandung, jalan macet teruk(kata endon). kami berdoa semoga tren akan terlewat seperti di taiping. sampai di stesen jam 7.08 malam.






tanya.

tren dah bertolak jam 7.00 malam. tepat waktu. hebat. indon yang dikatakan koman itu mempunyai sistem pengangkutan tren yang menepati waktu, walaupun trennya manual jer bukan computerised.

Petugas kata, kami boleh naik tren jam 8 malam tapi tempat duduk tidak dijamin. setelah berbincang, atas faktor keletihan, kurang tidur sejak dari taiping lagi, kami ambil keputusan batalkan perjalanan ke Jogja untuk merapat merapi.

perjalanan pertama gagal. percubaan ke-2 dirancang tanggal 4 Dis. sapa nak ikut?

Thursday, October 21, 2010


Apa tujuan dia ?

seorang ibu tunggal bernama Hau Yuan Tyng (kanan) dipenjara 8 tahun kerana mendera amah. Persoalannya kena dia memakai tudung kepala dan berbaju kurung seperti orang melayu yang beragama islam. Apa niat dia? adakah untuk mengelakkan orang ramai daripada mengenalinya atau untuk menghina orang melayu Islam?
Kalau untuk mengelak daripada dikenali adalah cukp dengan memakai cermin mata hitam dan memakai petutup mulut selsema babi.
maka, apa niat dia????


kenapa jadi begini?

apa pandangan anda? kalau hal ini berlaku di Chengmai, Thailand sudah pasti mereka ini akan didenda Bath 2000 serta merta. Tiada kompromi, tiada rayuan, tiada tolak ansur tiada. Kenapa hal ini berlaku di Malaysia? Waktu di Chengmai kepala rasa tenang tanpa asap rokok di sekeliling kita. tapi... turun saja ke LCCT begitu ramai orang yang hisap rokok. Merosakkan imej negara. buruk.

Wednesday, October 20, 2010


amali sains tingkatan 2A3
amali, salah satu kaedah P&P yang berkesan untuk pemahaman sesuatu fakta sains. Hari ni kami buat amali elektrolisis iaitu proses pemecahan molekul air dengan menggunakan elektrik. Hasilnya, adalah gas hidrogen dan gas oksigen dengan kadar 2 bahagian hidrogen dan 1 bahagian oksigen.
Gas hidrogen diuji menggunakan kayu uji menyala. Akan kedengaran bunyi 'Pop' dan api terpadam. Gas oksigen pula diuji menggunakan kayu uji berbara dan kayu uji itu akan menyala.

Tuesday, October 12, 2010


Rokok : Tiba Masanya
Kerajaan Haramkan Terus

Oleh SM Mohamed Idris,

(Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang)


1. Kenaikan sebanyak tujuh puluh sen bagi sebungkus rokok. Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu? Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?

2. Perdebatan kami daripada bertahun-tahun mengkaji isu ini, ialah adalah 70 sen lebih itu tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok. Sudah tentu ia akan menambah pendapatan kepada kedai runcit di setiap kejiranan yang menjual rokok sebatang atau dua atau lebih kepada perokok dan pelajar sekolah yang pada hari ini boleh dilihat merokok di kawasan taman dalam berpakaian sekolah!

3. Oleh sebab itu, kepada CAP tidak terdapat keikhlasan di pihak kerajaan untuk berusaha dengan ikhlas dan melaksanakan langkah anti merokok. Kami telah lama menggesa supaya langkah yang lebih produktif diambil untuk mengawal tabiat merokok yang semakin meningkat, memandangkan kenaikan harga yang minimum sahaja tidak mencukupi. Jadi kenapa kerajaan tidak bertindak? Adakah industri tembakau terlalu berkuasa?

4. Dengan lebih daripada 4,000 bahan kimia di dalam asap rokok, bahan kimia toksik, penyebab kanser atau penyebab sebagai iritasi, merokok telah diterima di seluruh dunia sebagai salah satu penyebab utama kanser. Statistik hospital kerajaan menunjukkan kanser paru-paru merupakan bentuk kanser paling biasa dalam kalangan lelaki dan penyebab kanser ini adalah penggunaan tembakau. Kajian menunjukkan kanser paru-paru semakin meningkat pada kadar 17% setahun.

5. Merokok di Malaysia telah mencapai peringkat membimbangkan. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2001, kira-kira separuh daripada lelaki Malaysia merokok dan setiap hari kira-kira 50 remaja di bawah usia 18 tahun mula merokok.

6. Kajian menunjukkan kira-kira 30% remaja lelaki (berusia 12 hingga 18 tahun) merokok. Merokok dalam kalangan remaja perempuan juga semakin meningkat. Menurut dua kajian ke atas remaja yang dijalankan di Malaysia pada 1996 dan 1999, bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat daripada 4.8% kepada 8%. Pada keseluruhannya, kajian 1999 mendapati hampir seorang daripada lima remaja Malaysia merokok.

7. Kajian WHO juga menggelar Malaysia sebagai “kota iklan tidak langsung” dunia. Sesetengah industri tembakau kebanyakannya dengan sewenang-wenangnya berusaha untuk mensasarkan golongan muda boleh dilihat di Malaysia.

8. Perbelanjaan untuk pengiklanan tembakau di Malaysia amat tinggi. Pada 1997, industri ini membelanjakan kira-kira US$90 juta, manakala pada tahun 2000, dua firma tembakau sahaja melaporkan membelanjakan lebih US$40 juta untuk pengiklanan. Merokok telah menyebabkan kematian kepada kira-kira 10,000 orang setahun, belum dinyatakan kos yang besar yang menelan berbilion ringgit untuk merawat penyakit berkaitan tembakau.

9. Di seluruh dunia, kajian WHO memberi amaran: penyakit berkaitan merokok menyebabkan empat juta kematian setiap tahun dan jika aliran semasa ini berterusan, merokok akan membunuh seorang dalam setiap enam orang setiap hari menjelang tahun 2030. Oleh sebab itu, CAP sekali lagi menggesa supaya merokok diharamkan di semua tempat awam termasuk taman, kawasan rekreasi, bangunan awam, semua restoran, disko dan bar.

10. Rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan remaja. Hanya sebilangan tempat yang terhad perlu dibenarkan untuk menjual rokok serta jauh dari kawasan kediaman.

11. Kedai runcit seharusnya dikeluarkan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun dan dengan syarat yang disertakan untuk penjualan rokok. Peniaga yang didapati melanggar sebarang syarat seperti menjual kepada mereka di bawah umur, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan hukuman yang keras termasuk denda yang berat serta hukuman penjara mandatori. Hanya dengan cara ini maka ia akan dipandang serius.

12. Harga rokok semasa perlu dinaikkan lagi, lebih tinggi untuk mencegah lebih ramai daripada penduduk negara ini membelinya. Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30. Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22.

13. Banyak kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak menggalakkan merokok dengan menjadikan harga tembakau sebagai cukai larangan. Contohnya di Australia, jumlah cukai ke atas rokok pada 2007 merupakan 62.5% daripada harga akhir sekotak rokok. Langkah lain yang diambil oleh kerajaan Australia yang mensasarkan merokok ialah rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong yang tidak menarik seperti sekarang menjelang 1 Julai 2012.

14. Kementerian Kesihatan terutamanya melambat-lambatkan usahanya terhadap merokok dan masalah yang disebabkan olehnya kepada negara. Walaupun Malaysia menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO yang menetapkan mekanisma untuk mengawalselia tindakan negara dan mempertanggungjawabkan kepada mereka. Peruntukan FCTC akan mengukuhkan kemampuan negara untuk melaksanakan kawalan tembakau, menawarkan padang permainan yang sama rata bagi semua pihak dan lebih cepat serta perjanjian antarabangsa paling meluas dengan kira-kira 170 negara terlibat.

15. Kementerian Kesihatan telah menandatangani FCTC pada September 2003 dan dua tahun kemudian, pada September 2005, Malaysia telah meratifikasikannya dengan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Kementerian Kesihatan telah membincangkan FCTC WHO dengan penekanan kepada perlunya komitmen politik yang kuat untuk memajukan dan menyokong langkah kawalan tembakau, dengan masyarakat awam di seluruh negara, tetapi tiada sesuatu pun yang keluar daripada ini. Dalam jangka panjang, ia adalah langkah yang wajar untuk mengharamkan rokok dan produk tembakau lain.

Wednesday, September 29, 2010

AKU, LIM DAN ISLAM


by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya
menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah
ayahku yang amat digemarinya.


kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan
juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering menjadi rujukannya padaku.


Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa
yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah
menjadi penghalang persahabatan kami.


20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon
bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk
menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now
Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. .Subhanallah! Syukur Alhamdulillah,
rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar
untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama
denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya.
Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air
mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya
dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku.


Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...


Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?


kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is
my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam?
Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan
oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.


Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.


Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.


Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada
roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?


Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau
kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir
kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan
betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil
kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.


P/s : sebagai Tauladan..

semoga ianya bermanfaat

catatan seorang kakak


assalamualaikum.
sahabat2, pagi tadi di sekolah saya ada ceramah motivasi untuk pelajar2 tingkatan 5 sekolah saya. ceramah dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 ptg oleh Dr. Ismail bin Mustari dari Pusat Islam UTM.rehat setengah jam dari jam 10.00 - 10.30 pagi. bagi saya program sebegini pun kita sebagai orang dewasa wajar mendengarnya untuk iktibar dan muhasabah diri.
Alhamdulillah saya dapat mengikuti sebahagian ceramah tersebut. ya la kan hati dan diri kita ini memang selalu perlu diperingatkan. saya anggap ini majlis ilmu. ilmu yang disampaikan sebenarnya untuk menyedarkan pelajar betapa pentingnya restu ibu bapa, restu guru dan keredhaan Allah untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. maklum saja kebelakangan ini, begitu banyak dipaparkan keruntuhan sosial remaja khususnya remaja Melayu yang rata2nya orang Islam. baguslah ustaz yang memberi ceramah ini. beliau memang banyak ilmu. cara beliau mendekati pelajar dengan menyebut nama2 pelajar begitu lembut dan diberikan hadiah pula tu mana2 yang terpilih dapat rezeki. sekurang2nya kami berharap program sebegini dapat menginsafkan pelajar. sungguhkan hidayah itu milik Allah. Allah boleh memberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. antara yang disentuh oleh ustaz tersebut ialah tentang perubahan diri. kita sendiri yang perlu mengubah nasib kita dengan berusaha.sangat ditekankan kepentingan solat dan betapa perlu kebijaksanaan mengurus masa dan sentiasa mengingati Allah setiap masa. ditunjukkan juga melalui video bahawa setiap saat di bumi ini sentiasa kedengaran laungan azan bersahutan dari satu tempat ke tempat yg lain di seluruh dunia. ustaz pun mengingatkan kita untuk sentiasa ukur baju di badan sendiri. gaya hidup ikut kemampuan. apa pun impian cita2 matlamat kita biarlah yang akhirnya dapat memberi manfaat kpd umat Islam dan Islam itu sendiri. ditunjukkan juga video pesalah dadah dirotan 10 kali. mula2 ingatkan patung tapi memang orang betul. saya tgk sampai rotan yg kedua. lepas tu saya tak sanggup tengok. saya dengar suara pesalah tu mengerang saja.
dulu pernah juga saya tgk video pesalah dirotan semasa satu prog di sekolah saya juga. memang sampai tersiat2 kulit dan daging. selepas tayangan video tu, ustaz pun rumuskan memang kesakitan rotan tu tak terkata.jadi dia nasihatkan pelajar andai di rotan oleh guru atau ibubapa, tak sesakit spt dlm video.dirotan oleh guru adalah kerana kasih dan sayang. tak solat memang wajar kena rotan untuk mendidik.
lepas tu, ustaz pun bagitau, selalulah mendoakan ibubapa dan kawan2 atau sesiapa sahaja. sebab doa2 ini makbul dan orang yang mendoakan juga akan dimakbulkan doanya. rumusan dpd ceramah itu ialah sentiasa membuat kebaktian kepada kedua orang tua kita.kerdhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa. perlu sentiasa menjaga keperluan ibubapa dan mengutamakan mereka.
saya pernah juga mendengar ceramah berkaitan dengan adab bersalaman.ustaz itu memberitahu, apabila kita bersalaman perlulah perut tapak tangan bertemu perut tapak tangan.bersalam erat bukan hujung jari sahaja. insyaAllah dengan erat jabat itu Allah mengampun dosa2 orang yg sedang berjabatan tangan itu iaitu andai ada dosa antara mereka satu sama lain.
InsyaAllah sentiasalah kita doa mendoakan antara kita mudah2an semakin erat silaturahim dan Allah ampunkan dosa kita.InsyaAllah dulu kita dipertemukan kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. Semoga w/p kita berjauhan, ikatan itu tidak pernah luntur malah lebih subur dengan doa mendoakan kerana Allah dari kejauhan.
Okay, sahabat sekian sahaja untuk kali ini, insyaAllah kita jumpa lagi di lain email. Saya sangat menyayangi kamu semua.Semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan kerana menegakkan agama Allah melalui kerjaya kita dan apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan. Maaf zahir dan batin.
Terima kasih.wassalam.

Pontian, Johor.

Monday, September 27, 2010

Lawatan ke chengmai jun 2010

hari 1

Kami sampai ke Chengmai pada jam 8 pagi. Di sambut oleh gadis jelita mengalungkan bunga. Dari lapangan terbang Chengmai ke hotel Diamond Riverside perjalanan sejauh lebih kurang 10 km. Pusat Bandar Chengmai sangat bersih, kenderaan tidak banyak seperti Jakarta atau Bandung atau Ho Chi Ming dan sangat jauh berbeza berbanding Dhaka. Sunyi tanpa hon. Selesa tanpa debu dan asap kenderaan yang berlebihan. Yangpaling penting tiada pencemaran asap rokok. Perokok akan didenda ’on the spot’ Bath 2000 jika merokok di kawasan awan.

Check in hotel Diamond Riverside. Bersebelahan sungai yang mengalir lesu. Keruh airnya.

Lawatan bermula dengan melawat kilang payung. Yang menariknya, semua payung dibuat menggunakan tangan tanpa bantuan mesin. Kecuali pisau. Itupun jika boleh dipanggil mesin.



Proses bermula dengan menyiat kulit pokok Sa, dipecah-pecah dengan cara mengetuk menggunakan kayu hingga hancur. Direndam dalam air hingga keluar getahnya.

Getahnya diayak menggunakan jaring halus hingga membentuk satu lapisan getah yang nipis. Lapisan nipis dijemur hingga kering lalu membentuk satu lapisan nipis yang keras seperti kertas.

Bingkai dibuat daripada buluh. Kepingan getah yang kering digam pada bingkai, dilukis dengan motif yang menarik.


Bermacam-macam saiz. Daripada sekecil-kecil anak hingga sebesar-besar bapak.

Monday, July 19, 2010

setan lagi .

satu hari aku p dengar kuliah maghrib. Ustaz tu kata, semasa kita dengar sebarang majlis ilmu, ada tiga jenis setan yang akan cuba kacau kita.


1. setan bawa tombak
setan ini akan mencucuk badan yang menghadiri kuliah supaya rasatak senang duduk.






2. Setan bawa celak.
setan ini akan menyapu celak di mata pendengar supaya kita merasa sangat mengantuk.



3. setan bawa gincu
setan ini akan menggincu bibir pada hadirin supaya orang yang digincu akan bersembang-sembang.



Maka, kalau anda menghadiri majlis limu sedarilah bahawa sekurang-kurangnya tiga jenis setan ini sedang menunggu.

adalah sangat mendukacitakan apabila ramai orang melayu islam berduyun-duyun masuk panggung nak tengok cerita anak setan. saya tak kata para pelakon itu anak setan, sebab mak bapak depa semuanya manusia. Tapi perangai depa dan tingkahlaku depa buat maksiat itu sememangnya tingkah laku setan yang sentiasa mengajak manusia membuat maksiat sepaya boleh menemani setan di neraka. nauzibillah.

PARA PELAKON ANAK SETAN SEMUA, BERTAUBATLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG SERTA MAHA MENERIMA TAUBAT HAMBANYA. INGATLAH, MATI AKAN MENJEMPUT KITA PADA BILA-BILA MASA SAJA. SETIAP MAKSIAT YANG DIBUAT OLEH ORANG YANG MENONTON LAKONAN ANDA, ANDA JUGA AKAN MENDAPAT DOSA SEPERTI MANA DOSA ORANG YANG MEMBUAT MAKSIAT ITU..

Sunday, July 18, 2010

Syaitan



Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang
yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat
yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan
rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat
kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.



terima kasih udin

Tuesday, July 6, 2010

Ho chi ming (bahagian 3)

hari ke 2.



menginap di hotel Ho sen, sah makanan haram yang disediakan. kena cari makanan halal dan murah serta sedap untuk sarapan pagi.







hasil maklumat, kami pergi ke restoren samsudin yang menyediakan masakan vietnam, cina dan masakan melayu termasuk nasik lemak. kami semua order nasi lemak vietnam. Nak try. ok gak dan harganyer pun agak murah berbanding restoran masakan melayu dan halal @ saigon.

Wednesday, May 5, 2010


MINGGU BAHASA.

Minggu Bahasa peringkat sekolah, SMK Kubu Gajah Selama, Perak dilancarkaan mulai 26 apr. hingga 12 mei 2010. Bertujuan untuk mengeratkan entiti bahasa. memantapkan bahasa di kalangan pelajar dan warga sekolah. Antara aktiviti yang akan dijalankan pertandingan pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, deklamasi sajak, puisi, buku skrap bahasa dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan bahasa.

Bahasa Jiwa Bangsa. Satu slogan yang telah lama diwar-warkan. Mengikut pendapat penulis, slogan itu bermaksud bahawa dengan berbahasa, secara tidak langsung ianya akan menunjukkan identiti sesuatu bangsa itu.

Jika orang Perak bertutur, kita boleh meneka dengan tepat dari daerah mana mereka datang. Penulis berasal dari Daerah Kuala Kangsar, perak. Manakala isteri penulis berasal dari Daerah Selama, perak. Walaupun kami berasal dari negeri yang sama, tetapi ada perkataan-perkataan yang dituturkan oleh ibubapa penulis tidak difahami oleh isteri. Antara perkataan-perkataan itu ialah kacak (bukan merujuk pada kaum lelaki), kayor, nyagat, senda genda (disebut sende gende).

Apa makna perkataan di atas ?

kacak - pijak badan (urut badan menggunakan kaki)
kayor - membuang air
nyagat - air teh yang hangat
sende gende - mengabaikan sesuatu atau melayan dengan cara yang tidak selayaknya.

Penulis ada pengalaman yang menarik semasa mengikuti kuliah kursus pemasaran di USM sekitar tahun 1992. Kuliah disampaikan oleh Dr Syed (nama penuh lupa). Mulanya tak dapat untuk menjangkakan beliau berasal dari negeri mana, hinggalah beliau menggunakan perkataan `engkuhnya' secara automatik saya dapat meneka beliau berasal dari Perak. Secara tepatnya Daerah Kuala Kangsar.

Walaupun isunya kecil, tetapi ianya boleh mendatangkan masalah yang besar. Contoh, ada perkataaan-perkataan tertentu yang mempunyai maksud yang baik untuk satu negeri tetapi membawa maksud yang keji pada orang dari negeri yang lain.

ada sesiapa yang boleh bagi contoh ?

Sunday, May 2, 2010



mee udang.


Gah sungguh mee udang di satu kawasan berhampiran hutan paya bakau, di Perak. Masuk Majalah 3, terkenal seluruh Malaysia. Berduyun2 orang ramai makan di sana. tokey mee senyum sampai telinga. Lama dah nak p, baru la ni ada kelapangan.

Minggu lepas, isteri ajak makan mee udang. kata kawannya sdap. apa lagi, kamipun cari. agak jauh juge. last2 jumpa ler gerai yang dikatakan paling sedap mee udangnyer.

macam-macam menu berkaitan udang. ada mee udang, nasi goreng udang dll. order ler mee udang spesial dan 2 nasi goreng.

apa yang bagusnyer, tunggu sat jer, sampai. ropa2nya dah siap masak. tunggu cedok jer. apa lagi? balun.

sebenarnyer, pabila mee tu sampai, dah perasan dah. memang tak sedap. sebab? mee tidak berasap dan tak mengeluarkan aroma yang melelehkan air liur.

baby girl saya memang hantu udang. tiba2 "abah udang nie tak sedap"

memang tak sedap pun. kami tak cakap lagi. cadang nak sembang dalam kereta jer. tapi baby girl dah jerit dulu. harap2 tokey kedai dengar dan buat perubahan.

tapi bagus juga mee udangnyer tak sedap. kalau sedap mungkin tiap2 bulan kena p.

nasi goreng? anak kata sedap.

apa2 pun taste adalah sesuatu yang subjektif. masing2 punya lidah. masing2 punya penilaian. lidah kami suami isteri kompom taaaaaaaaaaaaaaak sedap .

kat mana yang sedap? tanya kami. kami tau.

Thursday, April 29, 2010

ho chi minh (bahagian 2)

sampai airport Tan Son Nhat International Terminal, Vietnam jam 3.45 petang. Cari teksi dulu. sebelum ini dalam flaight geng cikgu perlis kata kalau nak cari teksi guna teksi vinasun dan pastikan guna meter.

pegi kaunter teksi. ke mana ? tanya petugas kaunter seorang wanita yang agak comel. Sebenarnya kami mau cari masjid kerana di sekitar masjid ada kedai makanan halal. dan maklumat yang kami dapat masjid tu sebelah seraton hotel. Seraton? tanya harga. Vietnam Dong (VD) 190,000.00 (lebih kurang RM 38.00) okey gak. 4 orang . seorang +- RM 10.00.

perjalanan dari airport ke seraton lebih kurang 30 minit jer. dekat sebenornya. tapi depa nie jenis bawa kereta pelan bebenor. 60 KM/j. motor punya la banyak. kereta pun ada class. hampir 90 % toyota. Teksi Vios atau innova. Selesa.

sampai depan seraton, toleh kiri .. masjid. depan masjid ada restoran saigon halal. cantek. perut lapar. jom kita makan dulu.












kami disambut oleh seorang waiter. sila masuk. ek? boleh cakap melayu? `boleh' sahut jejaka itu.
tengok menu. (sebenarnya tengok harga) mak oi, mahai yer. Tengah ushar2 makanan keluar chefnya. tak silap namanya ismail. orang parit buntar, perak. dah 2 tahun dia di situ.


last2 makan popia seafood. sebab paling murah. dalam popia tu ada sekor udang. makan dengan sos dan sayur kampung seperti daun pudina.
sedap gak. Harga? Dong 3200.00 lebih kurang RM 63.00

jom cari hotel ? jalan kaki jer. tiba-tiba datang sorang apek tua naik moto. cakap dalam bahasa vietnam. tak paham. ikut kami sambil bercakap seperti menawarkan sesuatu. tak faham sepatah habuk. last2 aku balas guna bahasa melayu jer. jadi macam itik dengan ayam. sama-sama tak faham. padan muka.

last sekali baru tau, rupanya apek tu bapak ayam. ofer pompuan. kami tinggalkan apek merepek tu. masuk satu hotel, penuh. cari lagi penuh. inilah masalahnya, pertama kami tak cari lebih awal melalui internet, ke2, malam tu malam minggu, hotel penuh. jalan lagi sampai hotel ho sen. Nasib baik ada. USD 50 untuk 2 bilik (tanpa sarapan pagi - kompom tak halal)

kami pilih hotel ho sen kerana 1. dekat dengan masjid 2. bersebelahan dengan restoran masakan melayu.



restoran masakan melayu. Chef wan pernah buat program masakan disini

Wednesday, April 28, 2010

ho ho ho chi minh (bahagian 1)

tanggal 16 april 2010

pengembaraan kami (cikgu azhar, cikgu ahmad, cikgu anuar dan cikgu zahuri) bermula dengan menaiki keretapi dari taiping ke kuala lumpur. keretapi dijadualkan pada jam 11 malam. penantian satu penyiksaan. keretapi lewat sampai. jam 12 lebih barulah sampai, biase ler. standard malaysia.
kate dema, keretapi lambat sebab naik taraf landasan berkembar. keretapi tak boleh bergerak laju. logik-logik dan boleh diterima.

naik keretapi. mata ngantuk. letak kpala. tidur. sedar-sedar dah sampai kuala kubu baru. tidur smula. dan sedar dah sampai stesen keretapi lama. jam 5.45 pagi. tanggal 17 april 2010

belum subuh lagi. cari toilet dulu. buat ape2 yang patut. lpas subuh jam 6.30. masih awal. flaight jam 2.45 petang. bincang punya bincang. p low yat. naik monorail. sarapan dulu dekat dengan medan mara. kedai mamak. biasa ler. roti canai teh tarik. mamak kira. %&*@#$%$ (bahasa tamil) RM 14.50.

RM 14.50? mahalnya. macam tak pecaya. slow2, aku tanya pembantu kedai. roti canai 1 berapa? nasi lemak? roti sardin? teh tarik? kira semula ek.. baru RM 12.00 sah mamak nie nak pekena kami.

mamak kira lain. mamak terhegeh-hegeh datang. bawa mesin kira. then pura-pura tepuk daie. stail orang sengaja buat silap. biase ler. sori..sori .. sambil bagi balik rm 2.50. hai belum sampai ho chi minh dah hampir kena tipu.

jom ke low yat. sampai low yat. la.... tak buka lagi. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan. tunggu....

jam 10.. 10.15.. 10 30 masih ta der tanda2 nak buka. lastly buat keputusan kita kena p airpot. nanti kelam kabut.

naik skybus trus ke lcct. dah jam 12. check in dulu. skrang mudah. self check in. tekan komputer jer. selesai. perut keroncong. apa lagi jom makan. cari aper2 yang paling murah. nasik lemak? ok gak. RM 6.50. air? nasib baik ada bawak mineral beli kat KL. punya ler mahal mineral di lcct. botol kecik rm 2.00.

jom masuk balai berlepas. scan bag dulu. aku, azhar, anuar lepas. lega. Cikgu Ahmad awat lamer bebenor ?. La.. sangkut. Apasal? Sardin aku kena tahan. nasib baik sadin jer. depa kata sardin tak boleh bawa naik kapalterbang. cecair. rungut che mat. macam tak puas ati jer. ingatkan boleh makan roti sadin di ho chi minh kalau makanan halal tak jumpa. che mat menambah.


naik flight jam 2.30 ptg. tepat jam 2.45 , flaight stat bergerak ke landasan. mengucap dulu. mana tau kalau2...

bye-bye lcct, bye2 malaysia. dalam flaight tengok ramai nyer muka melayu. depa rupanya dari perlis. cikgu jugak. jpn sponsor sikit. tambah duit poket sikit. kata cikgu yang duduk sebelah.

sampai ho chi minth jam 3.30. ek? cepatnya sampai. macam pergi taiping jer dari kubu gajah. rupa2 nyer masa vietnam lambat 1 jam drp malaysia. okey gak. ada masa panjang untuk mencari hotel.

Monday, January 25, 2010

Perlancongan murah

























Pakej perlancongan


menawarkan tawaran melancong ke Indonesia dengan harga yang dalam jangkauan anda

JAKARTA/BOGOR/BANDUNG/PUNCAK 4H3M


Termasuk
1. Makanan & minuman 3 kali per hari
2. penginapan
3. pengangkutan ke LCCT pergi dan balik
4. Pengangkutan semasa di Indonesia
5. Tiket untuk memasuki tempat-tempat menarik
6. Airport tax

aktiviti lawatan.

Jakarta
1. Shopping di Mangga Dua dan Tanah Abang
2. Melawat Taman Mini Indonesia.
3. Masjid Istiqlal - masjid terbesar di Jakarta yang boleh menampung 100,000 jemaah
4. Monumen nasional.

Bogor
1. Taman Safari Indonesia.
2. Barang kulit outlet

Bandung
1. Tengkuban perahu
2. Shopping di Pasar Baru
3. Chempelas road.

Puncak.
1. Menginap di tanah tinggi ala Cameron Highland


untuk keterangan lanjut.
hubungi 019-4807269 (azzad)
013-5131486 (azhar)

Tarikh : 30 nov hingga 3 dis 2010