Thursday, October 21, 2010


Apa tujuan dia ?

seorang ibu tunggal bernama Hau Yuan Tyng (kanan) dipenjara 8 tahun kerana mendera amah. Persoalannya kena dia memakai tudung kepala dan berbaju kurung seperti orang melayu yang beragama islam. Apa niat dia? adakah untuk mengelakkan orang ramai daripada mengenalinya atau untuk menghina orang melayu Islam?
Kalau untuk mengelak daripada dikenali adalah cukp dengan memakai cermin mata hitam dan memakai petutup mulut selsema babi.
maka, apa niat dia????


kenapa jadi begini?

apa pandangan anda? kalau hal ini berlaku di Chengmai, Thailand sudah pasti mereka ini akan didenda Bath 2000 serta merta. Tiada kompromi, tiada rayuan, tiada tolak ansur tiada. Kenapa hal ini berlaku di Malaysia? Waktu di Chengmai kepala rasa tenang tanpa asap rokok di sekeliling kita. tapi... turun saja ke LCCT begitu ramai orang yang hisap rokok. Merosakkan imej negara. buruk.

Wednesday, October 20, 2010


amali sains tingkatan 2A3
amali, salah satu kaedah P&P yang berkesan untuk pemahaman sesuatu fakta sains. Hari ni kami buat amali elektrolisis iaitu proses pemecahan molekul air dengan menggunakan elektrik. Hasilnya, adalah gas hidrogen dan gas oksigen dengan kadar 2 bahagian hidrogen dan 1 bahagian oksigen.
Gas hidrogen diuji menggunakan kayu uji menyala. Akan kedengaran bunyi 'Pop' dan api terpadam. Gas oksigen pula diuji menggunakan kayu uji berbara dan kayu uji itu akan menyala.

Tuesday, October 12, 2010


Rokok : Tiba Masanya
Kerajaan Haramkan Terus

Oleh SM Mohamed Idris,

(Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang)


1. Kenaikan sebanyak tujuh puluh sen bagi sebungkus rokok. Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu? Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?

2. Perdebatan kami daripada bertahun-tahun mengkaji isu ini, ialah adalah 70 sen lebih itu tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok. Sudah tentu ia akan menambah pendapatan kepada kedai runcit di setiap kejiranan yang menjual rokok sebatang atau dua atau lebih kepada perokok dan pelajar sekolah yang pada hari ini boleh dilihat merokok di kawasan taman dalam berpakaian sekolah!

3. Oleh sebab itu, kepada CAP tidak terdapat keikhlasan di pihak kerajaan untuk berusaha dengan ikhlas dan melaksanakan langkah anti merokok. Kami telah lama menggesa supaya langkah yang lebih produktif diambil untuk mengawal tabiat merokok yang semakin meningkat, memandangkan kenaikan harga yang minimum sahaja tidak mencukupi. Jadi kenapa kerajaan tidak bertindak? Adakah industri tembakau terlalu berkuasa?

4. Dengan lebih daripada 4,000 bahan kimia di dalam asap rokok, bahan kimia toksik, penyebab kanser atau penyebab sebagai iritasi, merokok telah diterima di seluruh dunia sebagai salah satu penyebab utama kanser. Statistik hospital kerajaan menunjukkan kanser paru-paru merupakan bentuk kanser paling biasa dalam kalangan lelaki dan penyebab kanser ini adalah penggunaan tembakau. Kajian menunjukkan kanser paru-paru semakin meningkat pada kadar 17% setahun.

5. Merokok di Malaysia telah mencapai peringkat membimbangkan. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2001, kira-kira separuh daripada lelaki Malaysia merokok dan setiap hari kira-kira 50 remaja di bawah usia 18 tahun mula merokok.

6. Kajian menunjukkan kira-kira 30% remaja lelaki (berusia 12 hingga 18 tahun) merokok. Merokok dalam kalangan remaja perempuan juga semakin meningkat. Menurut dua kajian ke atas remaja yang dijalankan di Malaysia pada 1996 dan 1999, bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat daripada 4.8% kepada 8%. Pada keseluruhannya, kajian 1999 mendapati hampir seorang daripada lima remaja Malaysia merokok.

7. Kajian WHO juga menggelar Malaysia sebagai “kota iklan tidak langsung” dunia. Sesetengah industri tembakau kebanyakannya dengan sewenang-wenangnya berusaha untuk mensasarkan golongan muda boleh dilihat di Malaysia.

8. Perbelanjaan untuk pengiklanan tembakau di Malaysia amat tinggi. Pada 1997, industri ini membelanjakan kira-kira US$90 juta, manakala pada tahun 2000, dua firma tembakau sahaja melaporkan membelanjakan lebih US$40 juta untuk pengiklanan. Merokok telah menyebabkan kematian kepada kira-kira 10,000 orang setahun, belum dinyatakan kos yang besar yang menelan berbilion ringgit untuk merawat penyakit berkaitan tembakau.

9. Di seluruh dunia, kajian WHO memberi amaran: penyakit berkaitan merokok menyebabkan empat juta kematian setiap tahun dan jika aliran semasa ini berterusan, merokok akan membunuh seorang dalam setiap enam orang setiap hari menjelang tahun 2030. Oleh sebab itu, CAP sekali lagi menggesa supaya merokok diharamkan di semua tempat awam termasuk taman, kawasan rekreasi, bangunan awam, semua restoran, disko dan bar.

10. Rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan remaja. Hanya sebilangan tempat yang terhad perlu dibenarkan untuk menjual rokok serta jauh dari kawasan kediaman.

11. Kedai runcit seharusnya dikeluarkan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun dan dengan syarat yang disertakan untuk penjualan rokok. Peniaga yang didapati melanggar sebarang syarat seperti menjual kepada mereka di bawah umur, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan hukuman yang keras termasuk denda yang berat serta hukuman penjara mandatori. Hanya dengan cara ini maka ia akan dipandang serius.

12. Harga rokok semasa perlu dinaikkan lagi, lebih tinggi untuk mencegah lebih ramai daripada penduduk negara ini membelinya. Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30. Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22.

13. Banyak kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak menggalakkan merokok dengan menjadikan harga tembakau sebagai cukai larangan. Contohnya di Australia, jumlah cukai ke atas rokok pada 2007 merupakan 62.5% daripada harga akhir sekotak rokok. Langkah lain yang diambil oleh kerajaan Australia yang mensasarkan merokok ialah rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong yang tidak menarik seperti sekarang menjelang 1 Julai 2012.

14. Kementerian Kesihatan terutamanya melambat-lambatkan usahanya terhadap merokok dan masalah yang disebabkan olehnya kepada negara. Walaupun Malaysia menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO yang menetapkan mekanisma untuk mengawalselia tindakan negara dan mempertanggungjawabkan kepada mereka. Peruntukan FCTC akan mengukuhkan kemampuan negara untuk melaksanakan kawalan tembakau, menawarkan padang permainan yang sama rata bagi semua pihak dan lebih cepat serta perjanjian antarabangsa paling meluas dengan kira-kira 170 negara terlibat.

15. Kementerian Kesihatan telah menandatangani FCTC pada September 2003 dan dua tahun kemudian, pada September 2005, Malaysia telah meratifikasikannya dengan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Kementerian Kesihatan telah membincangkan FCTC WHO dengan penekanan kepada perlunya komitmen politik yang kuat untuk memajukan dan menyokong langkah kawalan tembakau, dengan masyarakat awam di seluruh negara, tetapi tiada sesuatu pun yang keluar daripada ini. Dalam jangka panjang, ia adalah langkah yang wajar untuk mengharamkan rokok dan produk tembakau lain.