Monday, November 14, 2011

Bahagian 2
kembara ke Solo, jogjakarta, semarang, jepara, garut, bandung
15-18 sept. 2011

Perjalanan diteruskan. Tujuan Jepara. Akan melewati Borobudur, Merapi, Masjid Agung Demak, Semarang.

Pintu gerbang menyambut tetamu ke Jawa Tengah. Perhatikan papan informasi warna biru. Angka korban jalanraya tahun 2008 di Jawa Tengah. Hanya 593 orang? Sikitnya. Seolah-olah tidak sepadan dengan jumlah penduduk yang padat dan kenderaan bertali arus. Kalau ikut logik Malaysia, kalau banyak kenderaan, lagi banyak kemalangan, lagi ramai yang mati. Untuk hari raya saja, beribu-ribu mati.

Hasil pemerhatian kenapa kemalangan kurang berlaku di sini adalah kerana sikap toleransi yang sangat tinggi di kalangan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal. Agaknya itulah sebabnya Allah turunkan macam-macam bencana di sini (merapi, gempa bumi, tsunami) bertujuan untuk mengimbangi jumlah kematian yang kurang berlaku di jalanraya. Walallahualam.

Singgah sebentar membeli salak. Buah salak di Jogjakarta adalah yang terbaik di Indonesia, berdasarkan pengalaman sudah 10 kali ke Indonesia. Harganya sangat murah, Cuma rph 6,000/kg (rph 2,777.77777778 = RM 1.00). Makanya, kalau membeli jangan ditawar. sudah cukup murah woooo....

Semarang.


Masjid Agung Demak di Samarang, sebuah masjid yaang kononnya dibina dalam masa satu malam. Dibina oleh 4 orang wali songo iaitu Sunan Kalijagat, Sunan Gunung Jati, Sunan Ampel dan sunan Banong. Semasa melangkah masuk, kami dihampiri beberapa lelaki yang menghulurkan buku-buku tentang masjid Demak. buku fotostat jer. Ingatkan gratis (free). ambil. belek-belek, cuba baca sikit. susah nak faham kerana menggunakan bahasa indonesia yang sukar difahami.

semasa melangkah keluar, sekali lagi dihampiri lelaki tadi meminta bayaran sehingga rph 100,000. alasan untuk pengurusan masjid. akhirnya, buku dipulangkan semula. Kalau untuk pengurusan masjid tak perlu bagi pada mereka, masukkan saja dalam tabung masjid.

Masalah utama di sini, sentiasa diekori oleh para pengemis. Merimaskan.


Jepara. Bumi ibu Kartini, Kota ukir

Pintu Gerbang di Jepara, peringatan kepada Ibu Kartini. Pejuang pendidikan terutama untuk wanita di Indonesia.
Sebuah masjid yang cantik di Jepara. Dinding dan hiasan dalaman masjid diperbuat daripada kayu yang diukir cantik.



Link

Wednesday, November 9, 2011

kembara ke Solo, jogjakarta, semarang, jepara, garut, bandung
15-18 sept. 2011


hari keputeraan sultan perak 16 sept 2011 jatuh pada hari jumaat. wow satu peluang baik. boleh cari tiket untuk pergi melancong lagi. keputusan yang dibuat, kita ke mendarat di Solo, bermalam di Jogja, ikhtikaf seketikadi Masjid agung Demak di Semarang, menjenguk perabot jati di Jepara, menjejaki industri kulit ori di Garut dan balik melalui Bandung.

solo

Pemandangan dari udara, masa sekolah dulu, cikgu cakap sungai berlengkar-lengkar macam ular kena palu kalau kita tengok dari kapal terbang. Sejak hari tu, aku sudah memasangan angan-angan untuk naik kapal terbang, nak tengok betul ker apa yang cikgu cakapkan tu. betul la cikgu cakap. cikgu tak bohong, walaupun pada waktu itu, aku yakin cikgu aku tu tak pernah naik kapal terbaang pun (1978). terima kasih cikgu.


pemandangan yang unik bagi indonesia, kawasan yang pada dengan penduduk.


tiba di solo jam 12 tengahari. perut terasa lapar. jom singgah rumah makan. tengok apa yang boleh dimakan. wooi, banyaknya lauk, macam-macam ada. tak tau nak pilih yang mana. sebab? nampak seperti semuanya tak berkenan dek perut.


ikan direbus dalam daun pisang bersama bahan-bahan yang tak pasti apa. Nampak sedap. mari kita try makan
bersungguh-sungguh nampaknya sahabat kita nie. semangat membara.



tu dia....

setelah mencicip sedikit,.. kesimpulan, kurang diterima oleh tekak kita.

Perjalanan di teruskan ke jantung solo.

arca yang unik, dindingnya diperbuat daripada buluh, disusun rapat-rapat. muka orang dibentuk daripada akar rotan. walaupun nampak simple dan harganya juga murah, tetapi ia tetap menarik. kalau di kampung aku, buluh ini hanya dijadikan bahan bako jer. satu lagi mercu tanda Solo, monumen tentera mengacukan pistol ke udara.

Jalan masuk ini merupakan laluan ke pasar Klewer dan Kraton Solo. Kraton (istana) dilingkungi oleh tembok yang tinggi. Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh melawat dan ianya dijadikan objek wisata yang boleh menarik pelancong ke Solo.


Pintu gerbang Kraton Solo yang tersergam indah dan kukuh, menyambut tetamu yang hadir. Kelihatan pagar batu yng tinggi mengalahkan penjara pudu, Kuala Lumpur.

Pasar Klewer, sebuah pasar 2 tingkat. Dipenuhi dengan barangan berasakan batik. Kain sarung batik, baju batik, alas meja batik dan serba-serbi segalanya dari batik.

Mungkin badan sangat capek, segala yang menarik perhatian Nampak hambar. Maklum, kami sudah mula bertolak dari rumah (Selama, Perak) jam 10 malam, sampai di LCCT jam 4 pagi. Naik kapal terbang jam 10 pagi sampai Solo jam 12 tengahari. Masih belum cukup rehat. Makanya, dalam kereta tidur aja. Ssssssssssssssssssssssssssssssss……..

Jogjakarta.

Sampai di Jogjakarta jam 6 petang. Tapi di sini sudah cukup gelap seperti jam 7.30 malam di tempat kita. Perut pun dah lapar. Jom kita makan. Kruuukk...kruukkk.. perut berbunyi.

Dalam perjalanan terserempak dengan kemalangan yang melibatkan motosikal. Kelihatan sebuah ambulan parkir di tengah jalanraya. Yang hebatnya, wow! kelihatan seorang pembantu perubatan sedang membalut mangsa kemalangan di situ juga, satu tindakan yang cepat walaupun kurang tepat kerana di kawasan terbuka keadaan sterile itu tidak terjamin. Kalau di Malaysia, segala-galanya di hospital.


Malam ni nak makan simple aja. Ikan gorumi (kaloi) goreng dicicah dengan sambal yang pedas menyenget, ayam goreng, ulam-ulaman dan minum jus apokat (avocado). Disebabkan cili di sini sangat pedas (ingatkan cili padi sudah cukup pedas) makanya peluh jantan betina semuanya keluar. Ha..ha..

lepas makan... tido sssssssssssssssssssssssssssssssssss......

Jam 5 pagi. Masih gelap (kalau di Malaysia). Tapi di sini, alamaaakkkkk. Dah cerah. Nampak gayanya subuh dinosour lagiiiii. (ini adalah masalah utama jika ke Indon). Selalu terikut-ikut waktu Malaysia tapi, masalahnya kenapa waktu subuh aja???? Heran. Agaknya lena diulit setan. Nauzubillah.


bersambung...
Link