Monday, November 14, 2011

Bahagian 2
kembara ke Solo, jogjakarta, semarang, jepara, garut, bandung
15-18 sept. 2011

Perjalanan diteruskan. Tujuan Jepara. Akan melewati Borobudur, Merapi, Masjid Agung Demak, Semarang.

Pintu gerbang menyambut tetamu ke Jawa Tengah. Perhatikan papan informasi warna biru. Angka korban jalanraya tahun 2008 di Jawa Tengah. Hanya 593 orang? Sikitnya. Seolah-olah tidak sepadan dengan jumlah penduduk yang padat dan kenderaan bertali arus. Kalau ikut logik Malaysia, kalau banyak kenderaan, lagi banyak kemalangan, lagi ramai yang mati. Untuk hari raya saja, beribu-ribu mati.

Hasil pemerhatian kenapa kemalangan kurang berlaku di sini adalah kerana sikap toleransi yang sangat tinggi di kalangan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal. Agaknya itulah sebabnya Allah turunkan macam-macam bencana di sini (merapi, gempa bumi, tsunami) bertujuan untuk mengimbangi jumlah kematian yang kurang berlaku di jalanraya. Walallahualam.

Singgah sebentar membeli salak. Buah salak di Jogjakarta adalah yang terbaik di Indonesia, berdasarkan pengalaman sudah 10 kali ke Indonesia. Harganya sangat murah, Cuma rph 6,000/kg (rph 2,777.77777778 = RM 1.00). Makanya, kalau membeli jangan ditawar. sudah cukup murah woooo....

Semarang.


Masjid Agung Demak di Samarang, sebuah masjid yaang kononnya dibina dalam masa satu malam. Dibina oleh 4 orang wali songo iaitu Sunan Kalijagat, Sunan Gunung Jati, Sunan Ampel dan sunan Banong. Semasa melangkah masuk, kami dihampiri beberapa lelaki yang menghulurkan buku-buku tentang masjid Demak. buku fotostat jer. Ingatkan gratis (free). ambil. belek-belek, cuba baca sikit. susah nak faham kerana menggunakan bahasa indonesia yang sukar difahami.

semasa melangkah keluar, sekali lagi dihampiri lelaki tadi meminta bayaran sehingga rph 100,000. alasan untuk pengurusan masjid. akhirnya, buku dipulangkan semula. Kalau untuk pengurusan masjid tak perlu bagi pada mereka, masukkan saja dalam tabung masjid.

Masalah utama di sini, sentiasa diekori oleh para pengemis. Merimaskan.


Jepara. Bumi ibu Kartini, Kota ukir

Pintu Gerbang di Jepara, peringatan kepada Ibu Kartini. Pejuang pendidikan terutama untuk wanita di Indonesia.
Sebuah masjid yang cantik di Jepara. Dinding dan hiasan dalaman masjid diperbuat daripada kayu yang diukir cantik.



Link

No comments: