







Jakarta/Bandung/Bogor/Puncak
Perjalanan ke Jakarta amat membara ditambah kehangatannya dengan layanan mesra sibaju merah di awan biru.
Pertama kali lihat pokok kelapa ditanam di balkoni. Agaknya kerana tanah yang terhad di Jakarta atau orang jakarta obses dengan pokok kelapa. entahlah.... Kita sambung citer di jakarta sat lagi.

perjalanan diteruskan ke Kota Bogor. Dari Jakarta akan melintasi gerbang tol Cililitan. Perkataan

Bogor, sebuah bandar terletak kira-kira 50 km dari Jakarta. Tak sempat nak explore banyak tentang bandar ini. Di sini terdapat istana presiden Indonesia, Kebun Bunga, Kulit outlet dan yang paling menarik ada Safari I Indonesia.



murid-murid sekolah di bogor. Persekolah bermula jam 630 pagi hingga 1230 tengahari, 6 hari seminggu. Libur hanya hari ahad.




jualan di pasar pagi di Bogor. Daripada hasil pertanian seperti keladi, buah-buahan, bunga-bungan hinggalah arnab (kelinci) juga dijual di sini.
Sekali peristiwa, saya membeli air mineral di sebuah kedai. Harganya cuman rph 3000. Setelah membayar, saya segera beredar dari kedai tersebut. Stelah agak jauh, kira-kira 10 m meninggalkan kedai, saya terdengar bunyi agak kecoh di belakang. Bila menoleh, saya lihat toke kedai sedang berlairi ke arah saya. Agak kaget. Apa salah saya? Bagi wang tak cukup ? atau apa? Sesuatu yang tak diduga, toke kedai mengejar saya hanya kerana mau memulangkan wang baki yang saya terlupa untuk ambil. Persepsi awal, kebanyakan orang Indon akan mengambil 'peluang' jika ada tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ini sedikit sebanyak menginsafkan saya.



Taman Safari I Indonesia
Kalau berani, boleh juga bergambar bersama anak harimau, singa dan orang utan.
Puncak, Bogor.
Puncak, merupakan kawasan peranginan tanah tinggi seperti Cameron Highland, Malaysia.

Penginapan kami di Surya Indah. Cantik dan bersih. Nyaman.
bergambar di ladang teh, berlatar belakang gunung ganang yang membiru.
Bandung
Lokasi beli belah yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Lokasi wajib ialah Pasar Baru, Haritage, Rumah Mode, Jalan Chempalas, Rumah Batik, Lot 3, gedung sate dll.

Haritage, Lokasi beli belah orang kaya di Bandung




Rumah Mode, satu lagi gedung beli belah yang berprestij dengan harga yang berpatutan. Khabarnya, KD juga berbelanja di sini.
Bandung, kota seni hinggakan kesenian itu digunakan untuk mencari wang.




Yang ini pula ialah pondan yang banyak di Bandung. Aktiviti siang mereka, meminta sedekah dengan beraksi di tepi jalan atau kenderaan. Lucu dengan alat muzik yang dimainkan, tutup botol minuman bikarbonat, disusun berlapis-lapis menggunakan paku. digoncang mengeluarkan bunyi busing.
Takut juga tengok muka depa yang buat pembedahan plastik, hidung besar seperti hidung hero dalam filem AVATAR. dagu yang besar yang merekah. Aktiviti malam, tak tau. jangan tanya.
Tangkuban Perahu
Lokasi wisata yang wajib di lawati, Tangkuban Perahu. Satu kawasan gunung berapi yang masih aktif, sentiasa mengeluarkan asap dan bau belerang yang menyengat hidung.
untuk sampai ke sini, kita akan melalui kawasan pertanian tanah tinggi. Hingga ke puncak



Tangkuban Perahu, satu lagenda Sangkuriang yang melamar ibunya sendiri untuk dijadikan isteri. Helah sang ibu sebagai syarat persetujuan, membina sebuah danau dan perahu yang perlu disiapkan dalam masa satu malam.


yang ini adalah akar pokok yang di jaadikan pasu yang unik. ditanam dengan pokok-pokok renik. Kalaulah boleh dibawa balik ke tanah air, mau rasanya borong semua. (sebab tak boleh bawa ler cakap cam tu)

Seorang usahawan sedang mengukir akar kayu.
rehat sebentar sambil mengopi. mbak menjual goreng pisang panas. perasan tak ada dua jenis pisang goreng. satu yang gareng (berwarna kuning keemasan) dan satu lagi yang tak seberapa gareng.
terkedu seketika. cuma yang hebatnya adalah jawapan jujur si mbak.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.azzad-cuti.blogspot.com
1 comment:
Kalu bercuti jgn lupa sama ibu2nya ya pak
Post a Comment