Wednesday, February 23, 2011

bapa mertuaku.

Dia merupakan seorang yang periang, banyak ilmu, rajin brusaha dan sedia membantu dalam apa juga masalah. Tanggal 20 feb 2011, jam 5.15 pagi, telepon berbunyi. Bapa mertua dalam kesusuhan, jatuh bilik air. aku tidak dapat menolong kerana pada masa itu aku berada di Rumah Api MukaHead, Pulau Pinang.

Dia dibawa ke hospital. Doktor memaklukan bahawa tekanan darahnya rendah dan kurang darah, disamping kencing manis hingga ketahap 25. Doktor memaklumkan dia perlu diberi rawatan paling kurung sehingga selasa 22 feb, tetapi bapa mertuaku berkeras mau balik ke rumah dengan alasan mau mati di rumah dan dia serta anak-anak tidak akan menyaman pihak hospital jika apa-apa berlaku kepadanya.

Jam 6petang, bapa mertuaku agak nazak. Namun dia masih dapat untuk meminta anak-anak dan ustaz yang datang menziarah untuk membaca surah yasin. Dia juga memanggil semua anak menantu serta cucu-cucu untuk dekat kepadanya. Faizul sentiasa mengajar mengucap sambil berlinangan air mata. bapa mertuaku dapat ikut dengan lancar. Alhamdullillah. keadaan beransur pulih dan dia akhirnya tidur keletihan.

Tanggal 21, bapa mertuaku semakin sihat. Boleh duduk, boleh berbual.Lega. Anak-anak beransur pulang ke rumah masing-masing.

Tanggal 22 feb jam 3.00 pagi, sedang lena tidur. Terdengar deringan telepon nada "salam terakhir" nyayian Sudirman. Berita sedih diterima. Bapa mertuaku telah kembali ke rahmatullah. Mujur ada abang cha dan dik jim serta mak di sisi ketika tarikan nafas terakhir.

Jam 4.30 pagi, kami sampai. Bapa mertuaku terbaring kaku. Wajah berseri. seperti orang sedang tidur. Tiada tanda kesakitan di wajahnya. tenang.

jam 9.30, bapa mertua dimandikan, kapan, disembahyangkan dan di kebumikan pada jam 11.30 pagi.

Aku sudah bersama dia sejak 1995. Banyak peristiwa manis dan pahit bersamanya. Walaupun banyak peristiwa pahit tetapi aku sedar, itulah feelnya dari dulu lagi.

Secara kebetulan, roadtax keretaku tamat pada tarikh 22 feb.






aku agak terkilan kerana tidak sempat untuk belajar cara-cara untuk membuat minyak angin daripadanya. Semua anak-anakku menggunakan minyak angin beliau. mujarab. aku bercadang untuk memasarkannya secara komersial atas jenama TOKWAN. tapi apakan daya, hasrat tidak kesampaian.

Segala silap salah pada ku telah lama aku maafkan, tidak sedikitpun tinggal di hati. Aku juga mengharapkan agar kesalahanku padanya juga dimaafkan.

Didoakan semoga dia sentiasa tenang di sisi-Nya.

1 comment:

ibnu marzuki al firdaus said...

kawan2 sekalian diharapkan sedarlah dari mimpi bahawa selama ini kita yang kena kencing oleh mazidol + the geng...

http://www.mazidulakmal.com/2011/02/kencing-serentak.html

hipokrit:

later mereka pulangkan semula dvd samada dapat wang @ takut dengan gangster... buktinya minggu depan ada lagi jualan haram tersebut & apasal mau kena call baru KPDN nak mai, buta kah goblok?!

tunggu angin revolusi jasmin tiba malaysia baru tak munafik!?

http://mastraveller.com/IMASTravel/WhatsNew/IMASTravel/

by the way wa cabar lu menang contest "imazidol" nih.