Wednesday, May 5, 2010


MINGGU BAHASA.

Minggu Bahasa peringkat sekolah, SMK Kubu Gajah Selama, Perak dilancarkaan mulai 26 apr. hingga 12 mei 2010. Bertujuan untuk mengeratkan entiti bahasa. memantapkan bahasa di kalangan pelajar dan warga sekolah. Antara aktiviti yang akan dijalankan pertandingan pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, deklamasi sajak, puisi, buku skrap bahasa dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan bahasa.

Bahasa Jiwa Bangsa. Satu slogan yang telah lama diwar-warkan. Mengikut pendapat penulis, slogan itu bermaksud bahawa dengan berbahasa, secara tidak langsung ianya akan menunjukkan identiti sesuatu bangsa itu.

Jika orang Perak bertutur, kita boleh meneka dengan tepat dari daerah mana mereka datang. Penulis berasal dari Daerah Kuala Kangsar, perak. Manakala isteri penulis berasal dari Daerah Selama, perak. Walaupun kami berasal dari negeri yang sama, tetapi ada perkataan-perkataan yang dituturkan oleh ibubapa penulis tidak difahami oleh isteri. Antara perkataan-perkataan itu ialah kacak (bukan merujuk pada kaum lelaki), kayor, nyagat, senda genda (disebut sende gende).

Apa makna perkataan di atas ?

kacak - pijak badan (urut badan menggunakan kaki)
kayor - membuang air
nyagat - air teh yang hangat
sende gende - mengabaikan sesuatu atau melayan dengan cara yang tidak selayaknya.

Penulis ada pengalaman yang menarik semasa mengikuti kuliah kursus pemasaran di USM sekitar tahun 1992. Kuliah disampaikan oleh Dr Syed (nama penuh lupa). Mulanya tak dapat untuk menjangkakan beliau berasal dari negeri mana, hinggalah beliau menggunakan perkataan `engkuhnya' secara automatik saya dapat meneka beliau berasal dari Perak. Secara tepatnya Daerah Kuala Kangsar.

Walaupun isunya kecil, tetapi ianya boleh mendatangkan masalah yang besar. Contoh, ada perkataaan-perkataan tertentu yang mempunyai maksud yang baik untuk satu negeri tetapi membawa maksud yang keji pada orang dari negeri yang lain.

ada sesiapa yang boleh bagi contoh ?

No comments: