Tuesday, April 12, 2011

arnab beranak lagi...

arnab putih beranak lagi hari ini (5 apr 2011). Lima ekor semuanya. tiada seekor pun yang sama seperti ibunya.
minggu pertama 12 apr 2011
semuanya comel-comel dan tidur dengan lenanya.

Sunday, April 10, 2011

seiras?

Orang kata, di dunia ni ada 7 orang yang muka sama dengan kita. Betul ke? Saya selalu disapa oleh seseorang yang saya tidak kenali yang mengatakan muka saya sama seperti sipolan-sipolan.
Jawapan saya, saya dah biasa dibagitau begini dan saya bagitau ada 7 orang yang muka sama dengan saya di dunia ni.

Tahun 2009, saya ke Bangladesh. Di Bandar Dhaka berjumpa dengan rakyat Indonesia, Dr Mustakim. Dia terkaget melihat saya di Dhaka. Pada awalnya, dia menyangka saya adalah jirannya di Palembang. Dah biasa dah.

Semasa menunggu di airport, saya disapa oleh lelaki bangladesh, bertanya adakah saya dari johor. Katanya, muka saya seiras dengan kenalannya di sana.

tu dia. maknanya sudah ada 2 orang yang seiras dengan saya. seorang di Palembang dan seorang lagi di Johor.