Wednesday, September 29, 2010

AKU, LIM DAN ISLAM


by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya
menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah
ayahku yang amat digemarinya.


kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan
juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering menjadi rujukannya padaku.


Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa
yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah
menjadi penghalang persahabatan kami.


20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon
bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk
menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now
Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. .Subhanallah! Syukur Alhamdulillah,
rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar
untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama
denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya.
Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air
mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya
dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku.


Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...


Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?


kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is
my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam?
Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan
oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.


Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.


Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.


Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada
roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong
bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?


Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau
kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah
berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi,
jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir
kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan
betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil
kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.


P/s : sebagai Tauladan..

semoga ianya bermanfaat

catatan seorang kakak


assalamualaikum.
sahabat2, pagi tadi di sekolah saya ada ceramah motivasi untuk pelajar2 tingkatan 5 sekolah saya. ceramah dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 ptg oleh Dr. Ismail bin Mustari dari Pusat Islam UTM.rehat setengah jam dari jam 10.00 - 10.30 pagi. bagi saya program sebegini pun kita sebagai orang dewasa wajar mendengarnya untuk iktibar dan muhasabah diri.
Alhamdulillah saya dapat mengikuti sebahagian ceramah tersebut. ya la kan hati dan diri kita ini memang selalu perlu diperingatkan. saya anggap ini majlis ilmu. ilmu yang disampaikan sebenarnya untuk menyedarkan pelajar betapa pentingnya restu ibu bapa, restu guru dan keredhaan Allah untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. maklum saja kebelakangan ini, begitu banyak dipaparkan keruntuhan sosial remaja khususnya remaja Melayu yang rata2nya orang Islam. baguslah ustaz yang memberi ceramah ini. beliau memang banyak ilmu. cara beliau mendekati pelajar dengan menyebut nama2 pelajar begitu lembut dan diberikan hadiah pula tu mana2 yang terpilih dapat rezeki. sekurang2nya kami berharap program sebegini dapat menginsafkan pelajar. sungguhkan hidayah itu milik Allah. Allah boleh memberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. antara yang disentuh oleh ustaz tersebut ialah tentang perubahan diri. kita sendiri yang perlu mengubah nasib kita dengan berusaha.sangat ditekankan kepentingan solat dan betapa perlu kebijaksanaan mengurus masa dan sentiasa mengingati Allah setiap masa. ditunjukkan juga melalui video bahawa setiap saat di bumi ini sentiasa kedengaran laungan azan bersahutan dari satu tempat ke tempat yg lain di seluruh dunia. ustaz pun mengingatkan kita untuk sentiasa ukur baju di badan sendiri. gaya hidup ikut kemampuan. apa pun impian cita2 matlamat kita biarlah yang akhirnya dapat memberi manfaat kpd umat Islam dan Islam itu sendiri. ditunjukkan juga video pesalah dadah dirotan 10 kali. mula2 ingatkan patung tapi memang orang betul. saya tgk sampai rotan yg kedua. lepas tu saya tak sanggup tengok. saya dengar suara pesalah tu mengerang saja.
dulu pernah juga saya tgk video pesalah dirotan semasa satu prog di sekolah saya juga. memang sampai tersiat2 kulit dan daging. selepas tayangan video tu, ustaz pun rumuskan memang kesakitan rotan tu tak terkata.jadi dia nasihatkan pelajar andai di rotan oleh guru atau ibubapa, tak sesakit spt dlm video.dirotan oleh guru adalah kerana kasih dan sayang. tak solat memang wajar kena rotan untuk mendidik.
lepas tu, ustaz pun bagitau, selalulah mendoakan ibubapa dan kawan2 atau sesiapa sahaja. sebab doa2 ini makbul dan orang yang mendoakan juga akan dimakbulkan doanya. rumusan dpd ceramah itu ialah sentiasa membuat kebaktian kepada kedua orang tua kita.kerdhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa. perlu sentiasa menjaga keperluan ibubapa dan mengutamakan mereka.
saya pernah juga mendengar ceramah berkaitan dengan adab bersalaman.ustaz itu memberitahu, apabila kita bersalaman perlulah perut tapak tangan bertemu perut tapak tangan.bersalam erat bukan hujung jari sahaja. insyaAllah dengan erat jabat itu Allah mengampun dosa2 orang yg sedang berjabatan tangan itu iaitu andai ada dosa antara mereka satu sama lain.
InsyaAllah sentiasalah kita doa mendoakan antara kita mudah2an semakin erat silaturahim dan Allah ampunkan dosa kita.InsyaAllah dulu kita dipertemukan kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. Semoga w/p kita berjauhan, ikatan itu tidak pernah luntur malah lebih subur dengan doa mendoakan kerana Allah dari kejauhan.
Okay, sahabat sekian sahaja untuk kali ini, insyaAllah kita jumpa lagi di lain email. Saya sangat menyayangi kamu semua.Semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan kerana menegakkan agama Allah melalui kerjaya kita dan apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan. Maaf zahir dan batin.
Terima kasih.wassalam.

Pontian, Johor.

Monday, September 27, 2010

Lawatan ke chengmai jun 2010

hari 1

Kami sampai ke Chengmai pada jam 8 pagi. Di sambut oleh gadis jelita mengalungkan bunga. Dari lapangan terbang Chengmai ke hotel Diamond Riverside perjalanan sejauh lebih kurang 10 km. Pusat Bandar Chengmai sangat bersih, kenderaan tidak banyak seperti Jakarta atau Bandung atau Ho Chi Ming dan sangat jauh berbeza berbanding Dhaka. Sunyi tanpa hon. Selesa tanpa debu dan asap kenderaan yang berlebihan. Yangpaling penting tiada pencemaran asap rokok. Perokok akan didenda ’on the spot’ Bath 2000 jika merokok di kawasan awan.

Check in hotel Diamond Riverside. Bersebelahan sungai yang mengalir lesu. Keruh airnya.

Lawatan bermula dengan melawat kilang payung. Yang menariknya, semua payung dibuat menggunakan tangan tanpa bantuan mesin. Kecuali pisau. Itupun jika boleh dipanggil mesin.



Proses bermula dengan menyiat kulit pokok Sa, dipecah-pecah dengan cara mengetuk menggunakan kayu hingga hancur. Direndam dalam air hingga keluar getahnya.

Getahnya diayak menggunakan jaring halus hingga membentuk satu lapisan getah yang nipis. Lapisan nipis dijemur hingga kering lalu membentuk satu lapisan nipis yang keras seperti kertas.

Bingkai dibuat daripada buluh. Kepingan getah yang kering digam pada bingkai, dilukis dengan motif yang menarik.


Bermacam-macam saiz. Daripada sekecil-kecil anak hingga sebesar-besar bapak.